Thursday, August 2, 2012


START A CHOIR

  1. Conducting Techniques:
o   Don’t sing with the choir.
o   Learn every part.
o   Practice conducting every piece in front of a mirror.
o   Monitor your facial expressions and body language.
o   To tell who is singing what part.
o   To help your singers understand harmony.
o   Don’t start at the beginning every time. Start with the most difficult chord or phrase of the music.

·         When you are conducting a choir, your face must represent the                          
meaning of the song/ music so they can understand how to sing.

  1. Musical Entrances:
o   Look at the person and/ or section that you are conducting.
o   Exaggerate the beat in the conducting pattern before any new part’s entrance. Be sure the actual rhythm is not changed.
o   Breathe when you want your singers to breath. Take an exaggerated breath on the beat before any new part is supposed to start.

  1. Breathing Techniques:
o   Breathe silently.
o   Neck & shoulders should stay relaxed.
o   The stomach should expand when you breathe.
o   After a stomach-controlled breath intake, gradually tighten the stomach wall to control the quantity of air being released with singing.

  1. Breathing Exercises:
o   Pronounce the “sss” exercise.
o   Create a very narrow stream of air, focused on a common point.
o   Remind the singers to gradually tighten the abdominal muscles to help control the stream of air.
o   After singers can breathe in rhythm to your directing, having them sing a unison/ octave Ah or Ooo, still breathing in rhythm.

           *    LISTEN for TUNING at all times.

  1. Conducting Patterns:
o   The conducted CUE BEAT should always be the correct motion for the beat before music should begin, and the cue beat should always be the same duration as any of the rest of the beats.

            *    One may conduct with or without a baton; however closing the hand  
                   is a useful signal to indicate a change from open vowel to a hum. 
SINGERS’ PAGE

  1. Improve Your Voice
    • Sing often.
    • Open your mouth.
    • Drop your jaw.
    • Your instrument is your body.
    • Breathe silently.
    • Neck and shoulders should stay relaxed.
    • The stomach wall should expand when you breathe.
    • Gradually tighten the stomach wall, to control the amount of air being released.
    • Sing nonsense syllables.
    • Never force either tone or pitch.
  1. Improve The Choir
o   Listen.
o   Learn your part-and the music around it.
o   Keep a mental beat going all the time.
o   Sing on the vowel.
o   Everyone should pronounce vowels the same way.
o   Diphthong vowels.
o   Watch the conductor!
o   Avoid sing the “R” sound at the end of a syllable.
o   Syllables ending in “L”.
o   “M’s” and “N’s”.

  1. More Efficient Rehearsals
o   Listen the all directions.
o   Learn your part ahead of time.
o   Learn the music that comes before your own entrances
o   Advanced musicians: you are needed.
o   Mentally rehearse your own parts.
o   Attend every rehearsal.
o   Be on time.
o   Save socializing for later.


SOME BASIC TIPS FOR VOCAL HEALTH

  1. GOOD POSTURE
  2. PROPER BREATHING
  3. VOCAL WARM-UP

Other vocal health hints for both you & your students:
1.      Be sure you keep your vocal folds moist & well lubricated.
2.      Keep tea & coffee consumption to a minimum though.
3.      Take time to take a relaxed, deep breath when you need to before you start to sing or speak.
4.      Don’t do all the talking in class.
5.      After speak for a long time, warm – down by drinking some tepid water. Yawn & breathe deeply.
6.      To nurse your voice through a cold or a throat infection, steam it.
7.      Look after your voice.
8.      Watch that you and your students DO NOT push your voices from the throat.


CONDUCTORS’ TIPS
  1. Give your choir a voice in logistical decisions.
  2. If you feed them, they will come.
  3. Listen to everyone, but make your own decisions.
  4. Start with easy music.
  5. Get a commitment.
  6. Don’t be discouraged.
  7. Remember you need your singers.
  8. Accompanists are wonderful!
  9. Never forget your roles as teacher.
·         Every concept they learn is one less that you will have to teach by rote.

CHOOSING MUSIC
  1. How to pick music your choir and congregation will love?
  2. Where to find choir music?
  3. Musical things to consider when choosing music?
PHYSICAL PLANNING

  1. Comfort
  2. Set-up
  3. Extras
ORGANIZE YOURSELF

  1. Folder Organization
  2. Minimize Page Turns
  3. Be Dependable
  4. Plan Ahead

AM I ABLE START AND DIRECT A CHOIR?

MUSICAL ABILITIES
  1. Good musical ear.
  2. Good rhythmic ability.
  3. Reading music.
  4. Having a knowledge of vocal techniques.
  5. Working knowledge of conducting patterns and conducting techniques.
  6. Be able to plan.
  7. Match music with choristers’ abilities
  8. Choosing music.

OTHER ABILITIES AND CHARACTER TRAITS
  1. Being prayerful.
  2. Enthusiasm.
  3. Persistence
  4. Be a cheerleader
  5. Flexibility
  6. Compromise
  7. Can you communicate?
  8. Can you get along?
  9. Tips and practical suggestions.
  10. Are you practical?
  11. Are you patient?
  12. Are you willing to take the times?
  13. Are you able to get a commitment?







Wednesday, April 18, 2012

PBS Pendidikan Muzik

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1.0 PENGENALAN

Pengoperasian PBS  mula dilaksanakan bagi Tahun 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2012.

2.0 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS ditadbir mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Menteri Pelajaran kepada Pengarah Peperiksaan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Seksyen 67 -Penilaian Murid, Seksyen 68 - Peperiksaan dan Seksyen 69 – Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu:

  • -       untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;
  • -        untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan;
  • -        untuk mengadakan peperiksaan;
  • -        untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan;
  • -        dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

3.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan peringkat menengah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (Psi).

3.1 Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan dan tugasan rumah); dan
Pentaksiran sumatif dijalankan di akhir suatu unit pembelajaran (Contoh: ujian bulanan, ujian semester).

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan KSSR dan KSSM. Proses pentaksiran sekolah adalah seperti berikut:
Mengenal pasti konstruk atau perkara yang hendak ditaksir;
Merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang kepada murid mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang relevan;
Menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens dalam standard prestasi untuk menentukan tahap penguasaan murid;
Memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan; dan
Merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibu bapa.

3.2 Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berdasarkan standard prestasi dan penjaminan kualiti melalui pemantauan dan penyelarasan. Kaedah pelaksanaan PP dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan dihasilkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekolah mentadbir, menskor hasil kerja murid dan menyediakan pelaporan untuk mengukur proses dan produk yang autentik. PP ditaksir menggunakan pelbagai kaedah:

Kerja Kursus;
Projek;
Ujian Lisan (Mata Pelajaran Teras dan Elektif);
Tugasan dan Folio;
Pemerhatian;
Kemahiran Amali;
Persembahan dan Pembentangan Lisan; dan
Ujian Bertulis (Mata Pelajaran Teras)

Prinsip-prinsip Pentaksiran Pusat di peringkat rendah dan menengah rendah adalah:
Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran;
-          Tugasan berbeza setiap tahun;
-          Dilaksana di sekolah;
-          Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih dari kumpulan mata pelajaran teras dan wajib;
-          Ditaksir oleh guru mata pelajaran;
-          Skor berdasarkan Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan;
-          Pemantauan dan penyelarasan peringkat dalaman dan luaran dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard; dan
-          Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan akhir tahun persekolahan rendah dan menengah rendah.

3.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum. Dalam pelaksanaan PAJSK, setiap murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh guru berkenaan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. PAJSK merangkumi pentaksiran berdasarkan aspek-aspek berikut:
Sukan;
Kokurikulum;
Ekstrakurikulum;
Pendidikan Jasmani; dan
Kesihatan.
Panduan instrumen pentaksiran PAJSK disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (KPM) dengan kerjasama badan-badan atau agensi professional yang berkaitan mengikut kepakaran masing-masing. Instrumen tersebut ditadbir dan dikendalikan oleh guru berkenaan di peringkat sekolah. Murid Tahap 1 (Tahun 1 – 3) diukur dan dinilai hanya aspek perkembangan fizikal dan kecerdasan serta penjagaan kesihatan. Manakala untuk murid Tahap 2 (Tahun 4 – 6) dan Sekolah Menengah, aspek sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan diambil kira dalam pengukuran dan penilaian. Pendokumentasian PAJSK dapat memberi gambaran menyeluruh tentang tahap perkembangan murid dalam penguasaan ilmu dan penghayatan nilai-nilai teras (core values) yang dipupuk melalui proses pendidikan seperti berikut:
Berketrampilan;
Berinovasi;
Berakhlak mulia;
Bertanggungjawab;
Bersikap patriotik; dan
Keusahawanan.

PAJSK akan dilaksanakan kepada semua murid Tahun Satu mulai sesi persekolahan Tahun 2011 dan murid Tingkatan Satu mulai sesi persekolahan Tahun 2012 bertujuan untuk:
Mengukur kecergasan dan kesihatan murid dalam pelbagai aktiviti jasmani;
Mengukur penyertaan, penglibatan dan prestasi murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum;
Dan Instrumen dan panduan pentaksiran sedia ada dimantapkan oleh Lembaga Peperiksaan bersama organisasi yang berkenaan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.
Aktiviti Jasmani diukur berdasarkan Standard Prestasi Jasmani iaitu:
Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan Jasmani;
Format Pelaporan Body Mass Index (BMI);
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK); dan
Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan.

Aktiviti Kokurikulum diukur berdasarkan Standard Prestasi Kokurikulum dan ditaksir menggunakan pelbagai jenis aktiviti dan instrumen seperti:
Kecergasan : sebagai contoh: naik turun bangku, BMI;
Kesihatan : pemerhatian, Buku Rekod Kesihatan;
Penyertaan : keahlian, kehadiran;
Penglibatan : jawatan, komitmen, peringkat; dan
Prestasi : pencapaian, sumbangan.
PAJSK boleh dilaksanakan secara berkala atau berterusan mengikut keperluan dan ditaksir oleh guru, rakan sebaya, ibu bapa dan agensi luar.

3.4 Pentaksiran Psikometrik (PSi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran Psikometrik adalah pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu. Pentaksiran ini boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran dan tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.


Lembaga Peperiksaan menyediakan manual ujian yang komprehensif dan mesra pengguna. Instrumen pentaksiran psikometrik dibangunkan oleh pakar psikometrik dan ahli psikologi. Ia ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri. Laporan pentaksiran dibuat dalam bentuk deskriptif.

Jenis Pentaksiran Psikometrik yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah adalah seperti berikut:

a) Ujian Aptitud Am
Ukuran gabungan beberapa kebolehan berkaitan :
visual - ruang - bukan verbal (pintar ruang);
linguistik/verbal (pintar perkataan);
logik-matematik/numerikal (pintar nombor/penaakulan); dan
 minat dan kecenderungan.
b) Ujian Aptitud Khusus
Ukuran kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi diri murid dalam sesuatu bidang pekerjaan atau khusus:
muzik (pintar muzik);
kreativiti (pintar minda);
interpersonal (pintar orang - pengalaman sosial);
intrapersonal (pintar diri - refleksi kendiri);
kinestatik - jasmani (pintar jasmani); dan
naturalis (pintar naturalisme).
c) Inventori Personaliti
Ukuran ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu yang membezakannya dengan orang lain untuk:
membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sikap dan personaliti individu murid supaya strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan;
membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi; dan mengenalpasti stail pembelajaran.


Dipetik daripada : Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2011)

Tuesday, August 2, 2011

MERDEKA ZAMAN KECILKU

Masih teringat
Waktu kecilku
Riak gemuruh jantung
Berombak 
Tatkala dilaungkan tanggal 31
Terasa dekat.... gerun dan nyilu
Ngeri dan sepi


Masih teringat
Waktu kecilku
Gementar menghulur tangan
Menggenggam bendera empat warna
Pemberian guru berwajah merah
Basah tapak tangan 
Namun turunnya bermakna maruah
Timbul urat di belakang tapak
Tidak menjadi siksa malah bangga
Ke hulu dibawa
Ke hilir berkibar
Mengharap alam menyapa
Engkaukah anak MERDEKA?

WAHAI JIWA YANG TENANG



Wahai jiwa yang tenang
Datang pada ku , dekat padaku
Jadi benteng lengkongan
Bercerucuk lima segi  enam segi
Agar warna hitam kelabu menjadi gentar
Meminggir menghilir 
Mencari mangsa baru.


Wahai jiwa yang tenang
Datang padaku, dekat padaku
Jadi semboyan mengetuk pintu
Meresap ke liang-liang perit
Pilu sendu resah gelisah
berlalu papas
Sebentar lagi  diam. 

Tuesday, June 21, 2011


PANTUN RAYA IN JAWA

NYIMPAN JENANG NANG JERO TIN,
AREK DIGOWO MARENG SURO,
KELUPUTAN KULO LAHIR BATHIN,
SALAH SILAP NJALOK NGAPURO.

BOCAK CILIK MANGAN SEGO,
SEGO DIPANGAN KARO GULO,
WES SUWI ORAK NGOMONG JOWO,
DINO ROYO NJALOK NGAPURO.

BUKO POSO LAWUH’E GEREH,
NJEGOR SUNGE DICAPLOK BOYO,
KELUPUTANKU SING AKEH-AKEH,
KIRO-KIRO 0 – 0  LAH YO.

JAGOH KELUROK NANG DUWOR TUNGGUL,
KUPAT MAMBU DIUNTAL KURO,
ROMADHON NENG NGILANG BODHO NENG NUNGUL,
SALAH-SILAPKU MOHONLAH DINGAPURO.

BOCAK CILIK MANGAN SEGO,
MANGAN SEGO KARO GULO,
WINGI INI KITO POSO,
NGESOK KITO BODHO.

Monday, June 20, 2011

Pencipta lagu kita seharusnya belajar daripada negara Indonesia bagaimana membuat lagu

by MAMA MURAI™ . on FEBRUARY 3, 2011 · 10 COMMENTS
Saya bukannya pengkritik tegar industri seni negara. Serius, saya adalah golongan mereka yang cukup bangga dengan hasil negara. Artikel saya kali ini pun bukannya berniat memburukkan industri seni kita, justeru hanya berniat membuka minda orang seni kita agar memerhatikan sedikit kekhilafan yang mungkin mereka lupa semasa menghasilkan lagu. Iya kita seharusnya belajar daripada negara jiran bagaimana menghasilkan lagu yang bagus untuk pasaran tempatan.
Saya tahu pemuzik Indonesia jauh lebih ramai daripada negara kita, tapi saya rasa kuantiti bukanlah faktor utama kepada penciptaan lebih banyak lagu berkualiti dan sedap untuk didengar. Lagi pun apa yang saya perhatikan, orang seni kita sebenarnya sangat cenderung untuk memanipulasikan sesuatu keadaan.
Lihat dan kiralah sendiri berapa dozen kumpulan serta artis yang lahir atas tiket muzik dangdut yang pernah popular suatu ketika dahulu, atau pun muzik rock yang pernah menjadi kegilaan remaja kita beberapa dekad yang lepas datang dan pergi. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan bukan?
Terbaru kegilaan pemuzik kita menghasilkan lagu Indie. Jadi beritahu saya apa yang kita ada? Satu lagi putaran seni yang menurut saya memanipulatif peredaran muzik semasa.
Bandingkan dengan apa yang negara jiran kita ada. Kita seperti bayi yang baru belajar membuat lagu. Muzik mereka universal, tidak dipengaruhi oleh mana-mana tekanan atau irama yang tengah hangat di pasaran. Apa yang pasti mereka tahu dan berani bermain dengan muzik baru (Contohnya wali band yang bijak mengkomersilkan lagu dakwah dengan muzik pop). Muzik kita pula adalah muzik ekspres dan berpaksikan keuntungan. Kita cuba berselindung di sebalik kegagalan kita berkarya dengan apa yang menjadi kegilaan kini. Natijahnya muzik kita kelihatan seakan-akan miskin, miskin tema.
Perhatikan juga kepada kebanyakan lirik lagu mereka, anda akan terpesona dengan bait demi bait perkataan yang menjadi inti lagu tersebut. Susunan ayatnya sungguh teratur dan mendalam. Saya rasa inilah hasilnya bila mata sentiasa terbuka melihat erti sebenar kesusasteraan. Betul, kita selalu lupa muzik itu sebenarnya satu sastera, seni dan kebudayaan.
Pada kita lagu itu cuma salah satu medium untuk melepaskan tekanan. Boleh jadi tiket untuk berjalan di atas karpet merah.
Atas dasar itulah lagu-lagu yang kita ada dewasa ini saya perhatikan semakin bercelaru, seperti kekurangan sesuatu. Saya tahu bukan mudah untuk menghasilkan karya yang mendapat tempat di hati pendengar tanpa melalui eksprimentasi, itu adalah kenyataan yang paling konkrit sekali. Apa lagi bila hidup di bumi yang mana kalangan pengkritik lebih banyak berbanding mereka yang menyokong industri sendiri. Tapi satu yang saya tidak boleh terima ialah sikap mengambil mudah dan memperlekehkan bahasa sebagai eksperimentasi muzik. Mungkin atas dasar itu kita semakin hanyut dengan kerancuan bahasa. Biasalah kalau guru sudah kencing berlari, murid pula kena lebih, kencing berlari.
Satu yang pasti album yang dihasilkan oleh pemuzik Indonesia berbaloi untuk dimiliki. Kebiasaannya hampir semua lagu yang ada sama bagusnya dengan lagu yang menjadi ‘killer song’. Ini jauh berbeza dengan apa yang kita ada. Kita seolah-olah “dipaksa” untuk membeli sebuah album hanya untuk mendengar sebuah lagu, yang lainnya sekadar untuk mengabui mata. Kalau pun ada album yang sebegitu, saya pasti ia hanyalah mini album yang harganya lebih kurang sama dengan harga album penuh. Jadi jangan salahkan pengguna bila mereka lebih senang mencuri dan membeli barangan cetak rompak sebagai pilihan berbanding menyokong industri seni sendiri.
Macam manalah agaknya kita hendak berbicara mengenai keperluan menyokong industri seni yang semakin tenat, sekiranya hal-hal sekecil ini pun gagal untuk ditelusuri oleh mereka yang kononnya sedang sibuk memperjuangkannya. Saya rasa tidak perlulah saya mengulas lebih banyak contoh-contoh yang ada untuk menyokong kenyataan saya ini kerana ia secara tidak langsung akan mendedahkan lebih banyak kelemahan pemuzik kita.
Nasihat saya, lebih elok kita belajar daripada kesilapan daripada terus-terusan mencari alasan mengapa lagu kita semakin kurang diputarkan di radio tempatan. Kita sebenarnya ada sirih, tetapi hendak makan sepahnya.

Muzik dan Si Bangkrap


 Oleh: Mazir Ibrahim
i.
Dalam istilah bahasa ia bermakna muflis. Tetapi dalam pengertian ekonomi ia menjelaskan tentang satu keadaan seseorang atau satu kumpulan (organisasi) yang tiada upaya untuk membayar kembali hutangnya. Kisah tentang wang atau hal pinjaman atau perniagaan sekalipun, tidak akan pernah berhenti,  sebaliknya berputar-putar dalam lingkaran yang sama. Kita tidak berminat untuk itu.
Dalam dunia kreatif, bangkrap ini akan lekas-lekas dikaitkan dengan muflis ide.  Orang yang bangkrap dari aspek ekonominya, mungkin esok akan dapat keluar dari senarai hitam dan kembali ‘meminjam’ dan berniaga seperti usahawan atau karyawan lain.‘Meminjam’ adalah kegiatan utama kita, walau sebagai manusia apa sekalipun. Jelasnya, dengan meminjam kita akan jadi bangkrap dan dengan ‘meminjam’ jugalah kita dapat di’putihkan’ dari sistem ekonomi yang sofistikated ini.
ii.
Seseorang yang telah jatuh bangkrap, imej yang dipaparkan dalam arena muzik lebih enak berbanding imej dalam bidang perniagaan. Dalam dunia muzik, tiada istilah atau deklarasi yang menyatakan seseorang karyawan itu ‘muflis’ ide, baik di akhbar atau notis di mana-mana. Imej ini akan bertambah molek lagi dengan lakonan popular insan karyawan yang pada hakikatnya sudah dan sedang kering idea
Dengan ‘meminjam’ idea dari kutu-kutu rayau mana pun, atau dengan lain perkataan ‘meniru – menciplak atau plagiat’ idea dari tepi jalan. Mereka menggunakan skill ‘menggubah’ dengan pakej ‘rawatan seni’ – maka karyawan muflis ini akan terus bernafas. Ia adalah hukum yang berjalan sebegitu rupa, di mana-mana pun.
Fenomena kemarau atau muflis atau bangkrap idea ini berlaku pada siapa pun. Tidak kira kamu seorang tokoh atau kamu seorang yang masih hijau dalam berkarya. Tidak ada formula untuk mengelak dari malapetaka ini. Maka bukanlah sesuatu yang releven untuk kita selesaikan hal ini dalam konteksnya. Apa yang menarik adalah, bagaimana kita sebagai karyawan, menghadapi dan mencari jalan keluar yang terbaik ketika berhadapan dengan krisis ‘muflis idea’ ini.
Ada yang mula mencium tikar sembahnya – mohon diturunkan ilham dari langit.
Ada yang kembali semula ke tepi-tepi jalan bersama Si Gelandangan – moga-moga dapat inspirasi dari longkang-longkang yang hanyir.
Ada yang terus bertukar menjadi usahawan kerepek – dengan impian baru.
Kesemua ini, adalah tindak balas yang normal, tidak salah kerana mungkin itu sememangnya yang terbaik bagi diri seseorang. Tetapi itu bukanlah penyelesaian dalam konsep yang dapat kita pelajari sebagai karyawan.
iii.
Jalan keluar dari krisis kemarau idea ini bukanlah berbentuk ‘plan kontijensi’ seperti amalan yang biasa kita fahami. Penyelesaian untuknya adalah dengan melihat kembali niat kita ketika mana kita bermula sebagai karyawan. Cuba kita ingat-ingat semula. Kita berkarya untuk apa? Kembali ke ‘drawing board’ atau ‘back to the note’ menjelaskan lagi bahawa proses manusia berkarya memerlukan penilaian semula. Hasil penilaian semula ini tidak pula memberi hasil seperti yang kita sangka atau harapkan. Atau dengan kata lain, hasilnya bersifat boleh-ubah.
Berbeza dengan penilaian dari aspek ekonomi atau pengurusan, ia bersifat objektif dan rigid – angka dan simbol. Penyelesaian dalan konsep ini pasti mempunyai hasil menurut jangkaan berdasarkan analisis sesuatu permasalahan – senario.
Antara dua ‘jalan keluar’ ini, hasilnya menzahirkan kontradiksi , yang mana ia menjadi perlawanan antara fitrah manusia yang bekerja dengan ide dan manusia yang bekerja dengan angka. Hukum sains dalam banyak hal adalah sangat rigid tetapi ironinya, teori sains bertolak dari idea.
iv.
Istilah ‘meminjam’ idea ketika berlakunya fenomena ‘muflis ide’ hanyalah jalan singkat yang berjangka hayat pendek. Kita mungkin mampu menggubahnya indah-indah hingga menjadi ‘kita’. Sayangnya, karya seni tidak pernah berbohong tentang siapa dirinya yang sebenar. Karyawan plagiat sememangnya tidak akan ada kepedulian tentang ‘kejujuran’ ini.
Seperti yang disebutkan sebelumnya, kerja ‘meminjam’ ini adalah kerja hakiki semua manusia. Pelukis meminjam awan dan diletakkan ke dalam kanvas catannya. Penyanyi meminjam suara angin dalam alunan nyanyiannya. Peniaga meminjam modal untuk berniaga, peguam meminjam bahan kes untuk membuktikan hujahnya. Maka istilah meminjam dalam konteks ini bukanlah plagiat sebaliknya memanipulasi pengetahuan dari alam menjadi ilmu. Berbeza dengan plagiat yang jelas selalu dilakukan oleh sang opurtunis.
v.
Sebagai karyawan, situasi ‘bangkrap idea’ ini adalah proses alamiah yang ilmiah. Tindakbalas kita yang terbaik adalah dengan mengambil kesempatan dan menggunakannya untuk menilai semula mutu dan kerja-kerja seni kita, hasilnya mungkin mencetus lanskap ides yang baru. Ides kita adalah imaginasi kita. Adakah perkara lain yang lebih mencabar dari hal ini?

Mazir Ibrahim
, seorang komposer dan penggiat MusicForum, sebuah kumpulan yang giat mengangkat isu dan wacana perbincangan musik di Malaysia.