Friday, January 7, 2011

BENGKEL GAMELAN DALAM PERANCANGAN

Dalam masa terdekat, bengkel gamelan akan diadakan dengan kerjasama rakan-rakan UM. Saudara Rodzi Klang dan Sallehmambo telah menyatakan persetujuan untuk membantu... Kertas kerja telah siap, tinggal untuk dihantar sahaja. Bonda yang dikasihi telah kubayangkan program ini. Bonda telah menyatakan persetujuan... Tq bonda... Sir Husni pun telah tahu.. Bajet??? mungkin aku akan mengecek duit PIBG...dalam RM 1,500.00 untuk 5 sesi perbengkelan boleh lulus kot... tarikh-tarikh telah kutetapkan tetapi risau juga kerana pilihan tarikh terlalu jarak akibat tarikh balik bermalam begitu mengganggu...

Kepada Allah aku berserah... semoga hasrat ini termakbul...
Penulisan pertamaku pada tahun 2011...

Azam Tahun.....

Nak sambung kerja terbengkalai pada tahun lepas...
Nak buat kumpulan muzik asli tetapi masih kontem untuk tarik minat remaja...
Nak buat dokumentasi... banyak kenangan terindah hilang begitu sahaja...
Nak buat bahan P&P banyak-banyak...mujur-mujur boleh jual...
Nak berjimat-cermat harta sendiri..
Nak berjimat-cermat harta sekolah...yang boleh pakai..guna terus...yang baru untuk show...
Nak jaga hati semua orang...

SELAMAT TAHUN BARU 2011