MUZIK DUNIA

Muzik Klasik Barat
ZAMAN BAROK (1600-1750)

Pengenalan

1.    Zaman Barok adalah dari tahun 1600 – 1750.
2.    Berasal dari perkataan “barroco”, perkataan bahasa Portugis yang bermaksud mutiara yang tidak rata bentuknya atau tidak bulat bentuknya.
3.    Muzik pada zaman Barok mengandungi not perhiasan (ornaments),
4.    Muzik pada zaman Barok berwarna dengan mempunyai kesan dramatik, ekspresif dan penuh emosi.
           
CIRI – CIRI  MUZIK  ZAMAN BAROK

Secara ringkasnya muzik Zaman Barok mempunyai ciri-ciri yang nyata dan tersendiri.

1.   Tekstur/jalinan 
Awal zaman ialah homofoni - melodi disokong oleh kord mudah tetapi tekstur polifoni kembali popular dan digunakan dengan meluasnya menghasilkan tekstur yang tebal dan berat yang terdapat di dalam kedua-dua genre muzik vokal dan instrumental.

2.    Harmoni
 Penggunaan sistem notasi ini digelar “figured Bass” atau bes kontinuo.

  • Ia adalah melodi di garis bes yang ditulis nombor di bawahnya untuk mengiringi melodi utama.
  • Nombor itu adalah indikasi jeda-jeda tertentu yang patut dimainkan di atas garis bes untuk menjadi asas kepada pelbagai jenis muzik.
  • Biasanya bahagian bes ini dimainkan oleh satu atau lebih alat muzik asas atau kontinuo seperti organ, harpsikord, klavier, lute atau dan ditekankan lagi dengan alat muzik yang mempunyai renj yang rendah seperti celo, bes gamba atau basun. 


3.    Stail
Terdapat dua stail penciptaan :
·         Stail Antico ( amalan pertama atau lama) - muzik gereja polifoni dari zaman Renaisance dikekalkan bersama dengan stail moden dan komposer mencipta kedua-dua stail.
·         Stail Moderno (amalan kedua atau moden) - di mana teks diutamakan dari muzik.
Pada akhir abad ke 17, muzik dikategorikan  sebagai muzik gereja, muzik kamar      
dan teater yang kadang kala tanpa stail yang jelas.
4.   Ekspresi
Menggunakan satu mud dan ia dikekalkan dan berterusan sehingga akhir muzik dimainkan.

5.   Warna Ton
Komposer zaman ini mula tertarik dengan mencipta muzik untuk sesuatu alat muzik yang spesifik seperti violin atau untuk suara solo.

6.   Melodi
Frasa panjang dan pada akhir abad ke 17 sistem mod digantikan dengan sistem / nada major minor.

7.   Bentuk
Bentuk yang lazim digunakan ialah binari, tenari, rondeau, variasi, ritornello dan fugue.

Jenis / genre muzik utama pada zaman itu ialah chorale, recitatif, aria, opera, oratorio, cantata, overture Itali, Overture Peranchis, toccata, prelude, chorale, prelude, dance suite, sonata da camera, sonata da chiesa, konserto grosso dan konserto solo.
      Antara genre muzik yang wujud dan dikekalkan di zaman itu adalah :

·         Muzik Vokal :           Opera, oratorio, kantata, mass, verse anthem, chorale, 
·         Muzik Instrumental : Kibod, Konserto Solo, Konserto Groso, Sonata Kamar,                                           Sonata Gereja

KARYA
  1. Concerto Grosso - Brandenburg Concerto oleh J.S. Bach
  2. Solo Concerto for Violin and String Orchestra Op 8, No. 1,
            from  Four Seasons ( La Primavera or the Spring) oleh Vivaldi

JOHANN SEBASTIAN BACH
  1. Dilahirkan di  Eisenach, Thuringia pada 21 Mac 1685 dan meninggal di Leipzig ketika berumur enam puluh lima  tahun dalam keadaan buta pada 28 Julai 1750.
  2. Bach boleh bermain berbagai alat muzik termasuk organ, harpsikord dan klavikord.
  3. Pada 1703 untuk pertama kalinya beliau dilantik sebagai pemain organ di Neuekirche.
  4. Beliau mempelajari muzik vokal dan organ Buxtehude stail Jerman utara.
  5. Beliau mengambil alih jawatan Johann Georg Ahle sebagai pemain organ di Gereja St. Balsius pada 1708.  Beliau diminta memberi cadangan tentang teknik bermain organ.  Namun beliau meletak jawatan beliau kerana dibangkang oleh Pietists kerana penggunaan karya muzik gereja beliau terlalu beradun dan kompleks.  Gott ist mein Konig, kantata No.71 merupakan karya muzik organ dan harpiskord yang pertama yang telah dicetak.
  6. Pada 1714 beliau dilantik sebagai pemain organ istana di Weimar dan ketua konsert orkestra kamar yang ditubuhkan oleh Duke Ernst August. Dengan dipengaruhi oleh stail Itali beliau mencipta karya untuk organ seperti prelude, fugues dan toccata, disamping mencipta muzik kantata.
  7. Pada 1717 beliau menjadi Capellmeister di istana Prince Leopold. Bach banyak mencipta muzik jenis keagamaan dan antara muzik instrumental yang dicipta ialah muzik kibod dan muzik kamar untuk pengajaran dan konserto.
  8. Pada 1720 beliau menggantikan Johann Kuhnau sebagai kantor di sekolah koir  St Thomas disamping menjadi pengarah muzik di beberapa  gereja di Leipzig.
  9. Di Leipzig, merupakan tahun-tahun yang terakhir bagi Bach dan beliau telah mencipta muzik koral termasuk kantata, Mass, Passion, Magnificat in D major (S. 243) , Christmas Oratorio. Beliau juga mencipta muzik harpsikord dan organ the Musical Offering (S. 1079) dan the Art of Fugue (S. 1080)
  10. Bach mempunyai stail penciptaan yang  tersendiri. Ini adalah hasil dari mengkaji karya-karya komponis lain dan menggunakan kaedah meniru atau menggubah skor, mengasimilasikan ciri-ciri yang terbaik dari setiap komponis. 
  11. Beliau telah mencipta boleh dikata semua genre muzik kecuali opera.
  12. Beliau mencipta 200 karya organ, muzik untuk Harpsikord dan Klavikord, muzik kamar, muzik untuk orkestra, muzik vokal termasuk mass, kantata (gereja dan sekular), oratorio, motet dan lain-lain muzik.



Concerto Grosso - Brandenburg Concerto  No 5 in D Major (  J.S. Bach )
  1. Definisi Concerto Grosso - jenis karya muzik instrumental yang  mengandungi alat-alat bertali yang dibahagikan kepada dua kumpulan : tutti atau ripieno ialah orkestra penuh melawan concertino dengan sekumpulan 2-3 pemain muzik. Kesannya ialah dinamik yang kontras.
2.    Ditulis pada tahun 1721.
3.    Ia telah dicipta oleh J.S.Bach dan ditujukan kepada Christian Ludwig, dengan harapan untuk mendapat peluang pekerjaan di bawah institusi muzikal beliau.
4.    Ia merupakan sebuah concerto­ yang mengandungi “6 buah concerto untuk beberapa alat muzik”.
5.    Bentuk - Terdapat bentuk ritornello  di dalam karya ini. Ritornello berlawan dengan ripieno.
6.    Definisi ritornello – bahasa Itali yang bermaksud muzik yang dimainkan secara berulang-ulang oleh keseluruhan orkestra atau tutti.
7.    Warna Ton - Sebagai contoh, Brandenburg Concerto No. 5 telah ditulis untuk flut, solo violin, obbligato harpsichord dan alat muzik bertali.
8      Tekstur – polifoni. Apabila tutti bermain, tekstur menjadi agak tebal dan tekstur   
      menjadi nipis apabila alat solo – ripieno mengambil alih untuk bermain.






ANTONIO VIVALDI  (1678 – 1741)
1.    Dilahirkan di Venice,  Itali.
2.    Seorang pemain violin virtuoso, seorang guru violin dan komposer.
3.    Beliau diajar oleh bapanya.
4.    Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang muzik, Anonio Vivaldi adalah seorang paderi.
5.    Beliau meninggal dunia di Vienna, Austria pada tahun 1741.
6.    Vivaldi telah menghasilkan 450 buah karya yang terdiri daripada muzik concerto, solo untuk violin, flut, piccolo, cello, basun dan mandolin dengan iringan orkestra.
7.    Selain daripada itu beliau juga terkenal dengan muzik opera, muzik gereja dan cantata. Di antara hasil karyanya yang terkenal ialah The Four Seasons yang terdiri daripada 4 set solo concerto untuk violin dengan iringan orkestra alat muzik bertali. Karya ini menceritakan empat musim dalam setahun iaitu Spring, Summer, Autumn dan Winter. Karya ini mempunyai melodi yang merdu dan irama yang bertenaga.

Solo Concerto for Violin and String Orchestra Op 8, No. 1, from  Four Seasons ( La Primavera or the Spring) oleh Vivaldi

1.    Karya Vivaldi yang paling popular ialah concerto La Primavera, Spring dari The Four Seasons, satu set yang terdiri daripada empat concerto untuk violin orkestra untuk alat muzik bertali dan basso continuo.
2.    Setiap concerto cuba mengajuk bunyi dan perkara yang berkaitan dengan satu daripada empat musim seperti nyanyian burung dalam musim bunga, dan angin sepoi musim panas. Concerto-concerto Spring, Summer, Autumn dan Winter (musim bunga, panas, luruh dan sejuk) menampakkan contoh program music atau muzik instrumental dalam zaman Barok yang berkaitan dengan sebuah cerita, sajak, pemikiran atau babak.
3.    Definisi Solo Concerto : Jenis karya muzik instrumental muzik yang mengandungi sebuah alat - selalunya violin solo melawan tutti atau ripieno orkestra penuh
4.    Spring adalah sangat popular di zaman Vivaldi.
First movement – Allegro
·         Bermula dengan tutti  dengan orkestra keseluruhan dalam E major menggambarkan “ketibaan” musim bunga.
·         Tema pembukaan diulang dengan lembut  dan terraced dinamik.
·         Terdapat tema baru yang diulang secara lembut.
·         Tiga violin solo  mengajuk  bunyi burung-burung berkicauan menggunakan trill tinggi

RUJUKAN:
Broughton,Simon.  World Music, London. The Rough Guide Ltd, 1995.

“Elvis”, “Elvis Presley” and “Graceland” are Registered Trademarks of
Elvis Presley Enterprises, Inc.@1996 E.P.E.,Inc.

Tan Sooi Beng,Muzik Malaysia: Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik.

Laura Kuhn, Baker’s Student Encyclopedia of Music, 1999 by Schirmer 
Books, New York.

Roger Kamian, Music and Appreciation, McGraw-Hill Companies.

Elizabeth May, Musics of Many Cultures, University of California Press, Berkeley,
London.

Oxford Music Dictionary, Camian, Roger, Music Appreciation.

The Harper Collins Dictionary Of Music(Second Edition).Copyright@1972

http://www.history-of-rock.com/vti-bin/shtml:dll/elvis_presley.htm/map

Bahan Rujukan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia.


ZAMAN KLASIKAL  (1750 – 1820)
Pengenalan
1.    Pada pertengahan 1700 ramai komposer mendapati muzik di Zaman Barok terlalu berat dan sukar difahami. Ini terbukti dengan wujudnya zaman singkat Rococo atau stail galant pada 1715-1740.
2.    Zaman Rococo ini merupakan satu peralihan kepada perubahan yang dramatik di dalam muzik Klasikal di Vienna.
3.    Di sinilah bermula stail Baroque yang serius telah beralih kepada stail yang lebih mudah dan ringan.
4.    Zaman Klasik juga dinamakan Zaman Viennese. Ini disebabkan perkembangan muzik pada masa ini lebih nyata lebih aktif di kota Vienna. Vienna pada masa itu menjadi pusat muzik  bagi muzik Klasikal.
5.    Perubahan ini dipengaruhi oleh seni reka, seni bina dan seni lukis orang Greek dan orang Rom. Revolusi di Amerika dan Perancis serta peperangan Napoleon mengakibatkan kuasa politik dan ekonomi diambilalih oleh golongan rakyat jelata.
6.    Berikutan dengan itu, seni muzik juga menjadi terbuka kepada rakyat jelata. Pada masa itu kegiatan muzik berpusat di Vienna.
7.    Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirian atau di bawah naungan golongan bangsawan.
8.    Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular pada masa itu. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah persendirian.
9.    Zaman Rococo ini merupakan satu peralihan kepada perubahan yang dramatik di dalam muzik Klasikal di Vienna.

CIRI-CIRI MUZIK ZAMAN KLASIK
1.    Melodi
  • Melodi kini lebih pendek, merdu, frasa lebih  jelas dan mudah dinyanyikan.
2.    Tekstur/ Jalinan
  • Iringan dan jelas, tidak kompleks dan berciri homofoni –melodi
            dengan iringan.
3.    Irama
  • Penggunaan sinkopasi, fermata luar jangkaan, perubahan nilai not  menambahkan kepelbagaian corak irama dalam muzik zaman Klasikal.





4.    Ekspresi
  • Terdapat kepelbagaian dan kontras dalam sesuatu karya- nada, melodi irama dan dinamik ( terdapat sforzando dan crescendo), pertukaran yang kerap - dari segi warna ton dan mud.
5.    Warna Ton dan Instrumentasi :
  • Tiada harpsikord kontinuo - alat tiup kayu mendapat  tempat di dalam orkestra sebagai satu seksyen yang penting.
  • Alat Harpsichord digantikan dengan piano.  Tekstur piano pada masa itu nipis dan teknik iringan bes “alberti” (Haydn dan Mozart) digunakan.  Kemudian ia menjadi lebih tebal dan      dinamik contoh dalam karya oleh Beethoven.
6.    Bentuk :
·         Bentuk Sonata merupakan bentuk yang penting digunakan untuk membina Babak yang pertama dalam karya yang besar kemudian babak-babak yang lain atau karya-karya  seperti Overtures.
·         Lain-lain bentuk - rondo, theme and variations dan minuet and trio.

7        Jenis/ Genre Muzik – Terdapat 2 jenis
  • Muzik Vokal-Oratorio dan  Opera  
  • Muzik  Instrumental – Simfoni, konserto, muzik kamar -    sonata dan kuartet bertali

KARYA
1.            Simfoni No 40 dalam G minor - 1st movement  (Mozart)
2.            Simfoni No. 5 dalam C minor – 1st movement  ( Ludwig Van Beethoven )

1 comment:

  1. Saya mohon perkongsian bahan daripada blog tuan mengenai fakta asas bunyi untuk paparan pengisian di blog saya ....terima kasih tuan

    ReplyDelete