Tuesday, June 21, 2011


PANTUN RAYA IN JAWA

NYIMPAN JENANG NANG JERO TIN,
AREK DIGOWO MARENG SURO,
KELUPUTAN KULO LAHIR BATHIN,
SALAH SILAP NJALOK NGAPURO.

BOCAK CILIK MANGAN SEGO,
SEGO DIPANGAN KARO GULO,
WES SUWI ORAK NGOMONG JOWO,
DINO ROYO NJALOK NGAPURO.

BUKO POSO LAWUH’E GEREH,
NJEGOR SUNGE DICAPLOK BOYO,
KELUPUTANKU SING AKEH-AKEH,
KIRO-KIRO 0 – 0  LAH YO.

JAGOH KELUROK NANG DUWOR TUNGGUL,
KUPAT MAMBU DIUNTAL KURO,
ROMADHON NENG NGILANG BODHO NENG NUNGUL,
SALAH-SILAPKU MOHONLAH DINGAPURO.

BOCAK CILIK MANGAN SEGO,
MANGAN SEGO KARO GULO,
WINGI INI KITO POSO,
NGESOK KITO BODHO.

Monday, June 20, 2011

Pencipta lagu kita seharusnya belajar daripada negara Indonesia bagaimana membuat lagu

by MAMA MURAI™ . on FEBRUARY 3, 2011 · 10 COMMENTS
Saya bukannya pengkritik tegar industri seni negara. Serius, saya adalah golongan mereka yang cukup bangga dengan hasil negara. Artikel saya kali ini pun bukannya berniat memburukkan industri seni kita, justeru hanya berniat membuka minda orang seni kita agar memerhatikan sedikit kekhilafan yang mungkin mereka lupa semasa menghasilkan lagu. Iya kita seharusnya belajar daripada negara jiran bagaimana menghasilkan lagu yang bagus untuk pasaran tempatan.
Saya tahu pemuzik Indonesia jauh lebih ramai daripada negara kita, tapi saya rasa kuantiti bukanlah faktor utama kepada penciptaan lebih banyak lagu berkualiti dan sedap untuk didengar. Lagi pun apa yang saya perhatikan, orang seni kita sebenarnya sangat cenderung untuk memanipulasikan sesuatu keadaan.
Lihat dan kiralah sendiri berapa dozen kumpulan serta artis yang lahir atas tiket muzik dangdut yang pernah popular suatu ketika dahulu, atau pun muzik rock yang pernah menjadi kegilaan remaja kita beberapa dekad yang lepas datang dan pergi. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan bukan?
Terbaru kegilaan pemuzik kita menghasilkan lagu Indie. Jadi beritahu saya apa yang kita ada? Satu lagi putaran seni yang menurut saya memanipulatif peredaran muzik semasa.
Bandingkan dengan apa yang negara jiran kita ada. Kita seperti bayi yang baru belajar membuat lagu. Muzik mereka universal, tidak dipengaruhi oleh mana-mana tekanan atau irama yang tengah hangat di pasaran. Apa yang pasti mereka tahu dan berani bermain dengan muzik baru (Contohnya wali band yang bijak mengkomersilkan lagu dakwah dengan muzik pop). Muzik kita pula adalah muzik ekspres dan berpaksikan keuntungan. Kita cuba berselindung di sebalik kegagalan kita berkarya dengan apa yang menjadi kegilaan kini. Natijahnya muzik kita kelihatan seakan-akan miskin, miskin tema.
Perhatikan juga kepada kebanyakan lirik lagu mereka, anda akan terpesona dengan bait demi bait perkataan yang menjadi inti lagu tersebut. Susunan ayatnya sungguh teratur dan mendalam. Saya rasa inilah hasilnya bila mata sentiasa terbuka melihat erti sebenar kesusasteraan. Betul, kita selalu lupa muzik itu sebenarnya satu sastera, seni dan kebudayaan.
Pada kita lagu itu cuma salah satu medium untuk melepaskan tekanan. Boleh jadi tiket untuk berjalan di atas karpet merah.
Atas dasar itulah lagu-lagu yang kita ada dewasa ini saya perhatikan semakin bercelaru, seperti kekurangan sesuatu. Saya tahu bukan mudah untuk menghasilkan karya yang mendapat tempat di hati pendengar tanpa melalui eksprimentasi, itu adalah kenyataan yang paling konkrit sekali. Apa lagi bila hidup di bumi yang mana kalangan pengkritik lebih banyak berbanding mereka yang menyokong industri sendiri. Tapi satu yang saya tidak boleh terima ialah sikap mengambil mudah dan memperlekehkan bahasa sebagai eksperimentasi muzik. Mungkin atas dasar itu kita semakin hanyut dengan kerancuan bahasa. Biasalah kalau guru sudah kencing berlarimurid pula kena lebih, kencing berlari.
Satu yang pasti album yang dihasilkan oleh pemuzik Indonesia berbaloi untuk dimiliki. Kebiasaannya hampir semua lagu yang ada sama bagusnya dengan lagu yang menjadi ‘killer song’. Ini jauh berbeza dengan apa yang kita ada. Kita seolah-olah “dipaksa” untuk membeli sebuah album hanya untuk mendengar sebuah lagu, yang lainnya sekadar untuk mengabui mata. Kalau pun ada album yang sebegitu, saya pasti ia hanyalah mini album yang harganya lebih kurang sama dengan harga album penuh. Jadi jangan salahkan pengguna bila mereka lebih senang mencuri dan membeli barangan cetak rompak sebagai pilihan berbanding menyokong industri seni sendiri.
Macam manalah agaknya kita hendak berbicara mengenai keperluan menyokong industri seni yang semakin tenat, sekiranya hal-hal sekecil ini pun gagal untuk ditelusuri oleh mereka yang kononnya sedang sibuk memperjuangkannya. Saya rasa tidak perlulah saya mengulas lebih banyak contoh-contoh yang ada untuk menyokong kenyataan saya ini kerana ia secara tidak langsung akan mendedahkan lebih banyak kelemahan pemuzik kita.
Nasihat saya, lebih elok kita belajar daripada kesilapan daripada terus-terusan mencari alasan mengapa lagu kita semakin kurang diputarkan di radio tempatan. Kita sebenarnya ada sirih, tetapi hendak makan sepahnya.

Muzik dan Si Bangkrap


 Oleh: Mazir Ibrahim
i.
Dalam istilah bahasa ia bermakna muflis. Tetapi dalam pengertian ekonomi ia menjelaskan tentang satu keadaan seseorang atau satu kumpulan (organisasi) yang tiada upaya untuk membayar kembali hutangnya. Kisah tentang wang atau hal pinjaman atau perniagaan sekalipun, tidak akan pernah berhenti,  sebaliknya berputar-putar dalam lingkaran yang sama. Kita tidak berminat untuk itu.
Dalam dunia kreatif, bangkrap ini akan lekas-lekas dikaitkan dengan muflis ide.  Orang yang bangkrap dari aspek ekonominya, mungkin esok akan dapat keluar dari senarai hitam dan kembali ‘meminjam’ dan berniaga seperti usahawan atau karyawan lain.‘Meminjam’ adalah kegiatan utama kita, walau sebagai manusia apa sekalipun. Jelasnya, dengan meminjam kita akan jadi bangkrap dan dengan ‘meminjam’ jugalah kita dapat di’putihkan’ dari sistem ekonomi yang sofistikated ini.
ii.
Seseorang yang telah jatuh bangkrap, imej yang dipaparkan dalam arena muzik lebih enak berbanding imej dalam bidang perniagaan. Dalam dunia muzik, tiada istilah atau deklarasi yang menyatakan seseorang karyawan itu ‘muflis’ ide, baik di akhbar atau notis di mana-mana. Imej ini akan bertambah molek lagi dengan lakonan popular insan karyawan yang pada hakikatnya sudah dan sedang kering idea
Dengan ‘meminjam’ idea dari kutu-kutu rayau mana pun, atau dengan lain perkataan ‘meniru – menciplak atau plagiat’ idea dari tepi jalan. Mereka menggunakan skill ‘menggubah’ dengan pakej ‘rawatan seni’ – maka karyawan muflis ini akan terus bernafas. Ia adalah hukum yang berjalan sebegitu rupa, di mana-mana pun.
Fenomena kemarau atau muflis atau bangkrap idea ini berlaku pada siapa pun. Tidak kira kamu seorang tokoh atau kamu seorang yang masih hijau dalam berkarya. Tidak ada formula untuk mengelak dari malapetaka ini. Maka bukanlah sesuatu yang releven untuk kita selesaikan hal ini dalam konteksnya. Apa yang menarik adalah, bagaimana kita sebagai karyawan, menghadapi dan mencari jalan keluar yang terbaik ketika berhadapan dengan krisis ‘muflis idea’ ini.
Ada yang mula mencium tikar sembahnya – mohon diturunkan ilham dari langit.
Ada yang kembali semula ke tepi-tepi jalan bersama Si Gelandangan – moga-moga dapat inspirasi dari longkang-longkang yang hanyir.
Ada yang terus bertukar menjadi usahawan kerepek – dengan impian baru.
Kesemua ini, adalah tindak balas yang normal, tidak salah kerana mungkin itu sememangnya yang terbaik bagi diri seseorang. Tetapi itu bukanlah penyelesaian dalam konsep yang dapat kita pelajari sebagai karyawan.
iii.
Jalan keluar dari krisis kemarau idea ini bukanlah berbentuk ‘plan kontijensi’ seperti amalan yang biasa kita fahami. Penyelesaian untuknya adalah dengan melihat kembali niat kita ketika mana kita bermula sebagai karyawan. Cuba kita ingat-ingat semula. Kita berkarya untuk apa? Kembali ke ‘drawing board’ atau ‘back to the note’ menjelaskan lagi bahawa proses manusia berkarya memerlukan penilaian semula. Hasil penilaian semula ini tidak pula memberi hasil seperti yang kita sangka atau harapkan. Atau dengan kata lain, hasilnya bersifat boleh-ubah.
Berbeza dengan penilaian dari aspek ekonomi atau pengurusan, ia bersifat objektif dan rigid – angka dan simbol. Penyelesaian dalan konsep ini pasti mempunyai hasil menurut jangkaan berdasarkan analisis sesuatu permasalahan – senario.
Antara dua ‘jalan keluar’ ini, hasilnya menzahirkan kontradiksi , yang mana ia menjadi perlawanan antara fitrah manusia yang bekerja dengan ide dan manusia yang bekerja dengan angka. Hukum sains dalam banyak hal adalah sangat rigid tetapi ironinya, teori sains bertolak dari idea.
iv.
Istilah ‘meminjam’ idea ketika berlakunya fenomena ‘muflis ide’ hanyalah jalan singkat yang berjangka hayat pendek. Kita mungkin mampu menggubahnya indah-indah hingga menjadi ‘kita’. Sayangnya, karya seni tidak pernah berbohong tentang siapa dirinya yang sebenar. Karyawan plagiat sememangnya tidak akan ada kepedulian tentang ‘kejujuran’ ini.
Seperti yang disebutkan sebelumnya, kerja ‘meminjam’ ini adalah kerja hakiki semua manusia. Pelukis meminjam awan dan diletakkan ke dalam kanvas catannya. Penyanyi meminjam suara angin dalam alunan nyanyiannya. Peniaga meminjam modal untuk berniaga, peguam meminjam bahan kes untuk membuktikan hujahnya. Maka istilah meminjam dalam konteks ini bukanlah plagiat sebaliknya memanipulasi pengetahuan dari alam menjadi ilmu. Berbeza dengan plagiat yang jelas selalu dilakukan oleh sang opurtunis.
v.
Sebagai karyawan, situasi ‘bangkrap idea’ ini adalah proses alamiah yang ilmiah. Tindakbalas kita yang terbaik adalah dengan mengambil kesempatan dan menggunakannya untuk menilai semula mutu dan kerja-kerja seni kita, hasilnya mungkin mencetus lanskap ides yang baru. Ides kita adalah imaginasi kita. Adakah perkara lain yang lebih mencabar dari hal ini?

Mazir Ibrahim
, seorang komposer dan penggiat MusicForum, sebuah kumpulan yang giat mengangkat isu dan wacana perbincangan musik di Malaysia.